Minggu nie, minggu kesihatan.. bukan tuk dunia tapi tuk aku sendiri..
Start hari rabu hari tu aku mendapat khabar yang kureng sikit pasal kesihatan aku.. salah satu daripadanyer adalah mengenai tekanan darah aku yang naik mendadak.. umpama ada pesta lumba lari di dalam badan aku nie..
Hari rabu doctor check darah aku melebihi paras yang dibenarkan oleh persatuan2 kedoctoran sedunia, iaitu ketinggian mencapai 150/100. Doctor kata walaupun semua orang ada tekanan darah tinggi nie tapi untuk orang yang kategori "muda" macam aku nie.. tak sepatutnyer mendapat tekanan setinggi ini..
Doctor tu kata lagi.. umur dalam lingkungan 40an and above harus mendapat penyakit tekanan darah tinggi nie.. and if umur2 macam tu ada tekanan darah tinggi mereka tidak begitu "teruja" dalam erti kata lain terkejut dengan situasi begitu.. Tapi untuk umur2 macam aku nie.. mereka kena buat investigation macam dlm CSI tu..heheh.. tuk mengetahui apakah punca sebenar nyer tekanan darah aku naik mendadak macam tu.. adakah betul2 di sebabkan keranan penyakit darah tinggi atau di sebab kan kerana penyakit lain tekanan darah aku jadi tinggi.. aku rasa dah jadi macam pesakit Dr. House dah..
Lepas perjumpaan hari rabu hari tu.. aku di kehendaki tuk membuat susulan check up. Aku kena datang lagi 2 hari berturut2 supaya lepas 3 hari kalau tekanan darah aku still tinggi baru diaorg start dgn investigation and ubat2an.. seram pulak..
Tapi alhamdulilah.. setelah 2 hari berlalu.. tekanan darah aku agak menurun and ada kepelikan sedikit..
Hari Khamis aku pi.. tekanan darah aku jadi 140/85.. doctor cakap bawah turun banyak atas turun sikit jer.. maybe sebab ubat tido aku tu kut.. sebab selama nie aku tak pernah makan ubat untuk tido..tapi hari rabu aritu.. doctor tu siap bagi aku ubat tido 2 biji tuk 2 malam.. dia suruh aku makan and berehat secukupnyer.. takut2 kalau2 aku nie stress ker..
Hari nie hari terakhir aku wat check up.. sekali lagi tekanan darah aku berubah, kali nie.. 130/90 pulak.. mmm.. macam main2 jer tekanan darah aku nie.. so doctor decide hari isnin nanti dia akan wat scanning tuk aku.. tengok kut2 ada penyakit lain yg bermaharajalela..
Pray hard semoga tiada penyakit lain yg menular.. takutnyerrrrr...
No comments:
Post a Comment