Friday, November 28, 2008

Minggu Kesihatan

Minggu nie, minggu kesihatan.. bukan tuk dunia tapi tuk aku sendiri..

Start hari rabu hari tu aku mendapat khabar yang kureng sikit pasal kesihatan aku.. salah satu daripadanyer adalah mengenai tekanan darah aku yang naik mendadak.. umpama ada pesta lumba lari di dalam badan aku nie..

Hari rabu doctor check darah aku melebihi paras yang dibenarkan oleh persatuan2 kedoctoran sedunia, iaitu ketinggian mencapai 150/100. Doctor kata walaupun semua orang ada tekanan darah tinggi nie tapi untuk orang yang kategori "muda" macam aku nie.. tak sepatutnyer mendapat tekanan setinggi ini..

Doctor tu kata lagi.. umur dalam lingkungan 40an and above harus mendapat penyakit tekanan darah tinggi nie.. and if umur2 macam tu ada tekanan darah tinggi mereka tidak begitu "teruja" dalam erti kata lain terkejut dengan situasi begitu.. Tapi untuk umur2 macam aku nie.. mereka kena buat investigation macam dlm CSI tu..heheh.. tuk mengetahui apakah punca sebenar nyer tekanan darah aku naik mendadak macam tu.. adakah betul2 di sebabkan keranan penyakit darah tinggi atau di sebab kan kerana penyakit lain tekanan darah aku jadi tinggi.. aku rasa dah jadi macam pesakit Dr. House dah..

Lepas perjumpaan hari rabu hari tu.. aku di kehendaki tuk membuat susulan check up. Aku kena datang lagi 2 hari berturut2 supaya lepas 3 hari kalau tekanan darah aku still tinggi baru diaorg start dgn investigation and ubat2an.. seram pulak..

Tapi alhamdulilah.. setelah 2 hari berlalu.. tekanan darah aku agak menurun and ada kepelikan sedikit..

Hari Khamis aku pi.. tekanan darah aku jadi 140/85.. doctor cakap bawah turun banyak atas turun sikit jer.. maybe sebab ubat tido aku tu kut.. sebab selama nie aku tak pernah makan ubat untuk tido..tapi hari rabu aritu.. doctor tu siap bagi aku ubat tido 2 biji tuk 2 malam.. dia suruh aku makan and berehat secukupnyer.. takut2 kalau2 aku nie stress ker..

Hari nie hari terakhir aku wat check up.. sekali lagi tekanan darah aku berubah, kali nie.. 130/90 pulak.. mmm.. macam main2 jer tekanan darah aku nie.. so doctor decide hari isnin nanti dia akan wat scanning tuk aku.. tengok kut2 ada penyakit lain yg bermaharajalela..

Pray hard semoga tiada penyakit lain yg menular.. takutnyerrrrr...

Tuesday, November 25, 2008

Haruskah..

mmmmm.. macam mana nie ek.. aku bingung nie.. harus kah aku terima perlawaan dia.. mmmm.. bukan sekali dua tapi dah berkali.. sampai aku dah takder alasan nak di beri.. aduhhhhh..

aku tak kenal dia.. jumpa pun tak pernah.. alih2 ajak aku dating lak.. eeeeee..scary nyer.. tau kah dia yg aku nie.. "tong drum".. aisyehh... bukan nyer aku tak rasa secure dengan diri aku sendiri.. tapi.. aku tak suka laa nanti melihat raut wajah dia yg terkezutt..

mesti kalau dia jumpa aku.. dia akan berkira2.. berapa byk aku nak makan nanti.. cukup ker duit dia tuk belanja aku makan nanti.. mesti dia ingat aku nie.. makan dgn kadar yg tersangat banyak.. dilema..dilema..

Nie yang buat aku lemau nie.. aku paling tak suka kalau bab2 dating2 nie.. kalau dah lama kenal lain citer.. aku boleh selamba badak jer.. nie kalau kena yg tak sekepala.. adoii.. tak dia merana.. aku yg merana nanti.. seksa nak tunggu mlm.. supaya leh cepat balik..huhuuuhu..

ku di dalam dilema..




Friday, November 21, 2008

Move IT!!

Yeaaaahhh!! tercapai jugak keinginan aku nak gi tengok madagascar 2.. bestnyer.. aku pun dah lama tak tengok movie.. mmm.. next year banyak plan nak tengok movie..

Harry Potter top on my list of coz!.. but lambatnyer lagi nak tunggu.. apa lagi ek.. haaaaaaa.. Ice Age 3..yes..yes.. nie pun kena tengok nie.. aku nak tengok watak kesukaan aku apa jadi dengan dia... berjaya kah dia dengan misi dia untuk menyimpan buah keras dia tu di dalam tanah?? mmm.. per lagi ek..

Buat list laa.. supaya aku ingat..

1) Harry Potter & Half Blood Prince - July 2009


















kalau sesiapa yg dah tengok Si budak Harry nie dari dia mula2 masuk sekolah tu dulu mesti takkan miss tengok siri yang ke-6 nie..

2) Madagascar 2 - Hari nie gi Tengok!!






















3) Ice Age 3 - July 2009

















4) Antoo Fighter - Macam best tengok trailer dia.. letak jerlah dalam list.









Citer nie sekali imbas mcm citer Ghostbuster jer...

5) Transporter 3 - November 26











Aku suka hero dia nie..heheh ;p

6) BrideWars - Jan 9, 2009










Tu jerlah kut movie yang aku nak tgk setakat nie.. kalau ada lagi yg best, akan ku perbaharui lagi list aku nie..

Thursday, November 20, 2008

Reason, Season or Lifetime

Aku nak share dengan korang text nie.. it's so true.. sometimes we didn't realise that the prayer we sent up has been answered..

To know more, read it....

*************

People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person.

When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, To aid you physically, emotionally or spiritually.


They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be. Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, This person will say or do something to bring the relationship to an end.

Sometimes they die. Sometimes they walk away.Sometimes they act up and force you to take a stand. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done. The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.

*************

Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn.

They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy.

Believe it, it is real. But only for a season.

****************

LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, Things you must build upon in order to have a solid emotional foundation.
Your job is to accept the lesson, Love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life It is said that love is blind but friendship is clairvoyant

*Thank you for being a part of my life,Whether you were a reason, a season or a lifetime*

Wednesday, November 19, 2008

2009 Forecast








羊 Goat Born in: 1931(79), 1943(67), 1955(55), 1967(43), 1979(31),1991(19), 2003(7)

Overall Forecast
This year, Goat zodiac clash with Tai Sui. As such, it is not a favourable year. You have to stay focus and alert in dealing with matters. Be extra careful will petty people. Avoid gossip and be vigilance.Take good care of your health. You should lay low this year.

Career
A time to hold. Be extra prudent when making business and investment decision. Since your luck is not good this year, you have to rely heavily on your colleagues and friends. So treat them well. Not agood time to partner with others in business. Review all documents carefully before you sign.

Relationship
With this time of bad luck, you need the help of your friends and colleagues. You have to maintain good relationship with your friends and colleagues. Maintain harmony with all of them. Couples should maintain open communication with each other to avoid conflict due to stress from bad luckthis year. Show respect and affection with each other.

Wealth
You hit rock bottom this year on your wealth luck. If can, stop all risky investment this year. Be conservative in managing your wealth. Do not be guarantor and also need to curb your gambling.

Health
Due to stress, you have to take care of your health. You will be mentally stressed also. Seek treatment immediate if you fall sick. Bring the older folks that are born in the year of goat for medical check‐up. Be careful against falls and cuts.


Wednesday, November 12, 2008

Kenapa kah KAU di ciptakan Menjadi Manusia??!!

eeeeeeeeeeeeeeee.. geram sungguh aku semlm.. #$#%^&&^*&*&.. kalau ikut kan hati nak jer aku mengeluarkan ILMU TAEKWANDO aku.. sib baik kesabaran aku masih bersisa.. kalau idak dah lama dah aku @#$%^&* jer..

Memang kuang ajar laa.. ada ker patut dgn selamba nyer dia tuduh aku.. eeee.. sabar jerlah.. korang mesti konpius kan.. apa benda yg buat aku geram sgt nie.. mmmm.. meh aku citer.. tapi agak panjang gak laa.. aku cuba lah tuk memendek kan..

Mcm nie.. kat opis nie adalah si Mangkuk Ayun nie.. sgt2 mengjengkel kan aku.. suka sgt menyusah kan kehidupan aku.. nama jer manager tapi satu apa pun tak guna.. tau nak blame org jer.. sib baik aku nie..dah sentiasa beware dgn dia.. so dia nak blame2 aku pun tak boleh..

Semlm MD aku ada meeting nak tau status project yg di bawah si MA nie.. lepas tu boss aku nak tgk satu agreement berkenaan ngan project tersebut.. aku cakap laa aku takder agreement tu..sebab mmg takder kat aku.. lepas tu boss aku dah buat muka..

Aku pun tanya laa.. sapa yg pegang agreement tu.. boss aku cakap..si MA tu yg pegang.. dia dah suruh si MA tu bagi kat aku dulu.. tapi sesungguhnyer.. mmg si MA tu takder bagi kat aku.. lepas tu aku suh dia masuk bilik boss aku..explain mana pi agreement tu.. dgn selamba dia cakap.. bukan ker hari tu i dah bagi kat U.. aku tanya laa.. bila masa u bagi kat i.. u bagi sendiri pada i ker.. dia kata i letak atas meja u suruh u buat stamping.. aku pun hangin ler.. aku cakap..kerja2 stamping nie bukan kerja aku (bukan nyer berlagak tapi kenyataan) n kalau betul pun u bagi kat i.. awat takder pun atas meja i.. takkan i buang agreement tu.. lepas tu MA tu cakap.. dia bagi kat Ros assistant aku.. aku pun tanya laa assistant aku..sebab aku tau..kalau betul dia bagi kat assistant aku tu..sure lah dia dtg jumpa aku nak mintak duit tuk stamping..tapi takder pun..

Mmg takder pun agreement tu.. so aku pun cakap kat dia takder benda tu.. lepas tu dia buat lak citer lain..dia kata agreement tu dia dah bagi kat azira budak sales suruh pass kat aku dulu..agreement tu dlm envelop.. aku pun panggil si azira tu.. azira tu cakap..yg dia bagi kat aku tu dah lama dah.. aku cakap.. bulan berapa dia bagi..dia cakap bulan 9 aritu.. aku pun apa lagi...
Menyinga laa.. apa punya bodoh.. bulan 9 tu agreement lain.. yg tu dah siap stamping pun dah..

Mmg takleh pakai punya org.. nie agreement tu dah hilang ntah pi mana.. aku dah malas nak ambik port.. aku cakap kat MA tu..kalau benda tu hilang..pandai2 laa u pi buat balik... dekat i mmg takder.. u pun dah create mcm2 citer but semua citer u tu semua takleh pakai.. nanti kalau boss tanya pandai2 laa u menjawab..

!@#$%^& bodoh punya manager..

Tuesday, November 11, 2008

Meeting..meeting..meeting

Adoi.. adoii... pening2..pusing2.. hari2 meeting.. apa kejadahnyer ini!!

Hari nie meeting..esok meeting.. khamis meeting.. asal laa nak meeting jer kerja nyer.. bukanlah aku nak membangkang tapi kalau hari2 dah meeting mcm mana kerja aku nak jalan nie..

Separuh hari jer dah duduk mengadap ahli2 mesyuarat majlis.. mana laa cukup tangan aku nak siap kan semua kerja2 nie.. Kalau kuar meeting kerja aku makin berkurangan takper gak.. nie idak.. bertambah lagi ada..

Jas u buat nie.. Jas u prepare nie.. Jas i need this by tomorrow.. Jas finish this by today.. pening2..

i love my job..i love my job..i love my job..i love my job..(psiko diri sendiri nih!)

Monday, November 10, 2008

Fish Spa..

Nie nak citer pasal Dr.Fish nie.. korang mesti tau kan.. nak di jadikan cerita.. hari sabtu lepas aku ngan sepupu aku gi laa care4.

Biasalah org perempuan.. tujuan utama nak pi care4 tu sebenarnyer nak beli storage box ngan garam tuk masak je.. al maklumlaa.. tersgt rajin memasak smpi garam pun out of stock ;p

Di pendekkan cerita.. setelah selesai urusan kami membeli belah tuk brg2 keperluan kami pun jalan2 laa kat dlm care4 tu.. lepas tu.. pi lah kat satu tpt nie nama nyer fish spa.. tempat nyer kecik jer.. takder laa besor mana pun.. agak tersorok gak..tepi escalotor..

Si penjaga fish spa tu minah indon.. kami pun tgklah kat situ.. lepas tu adalah adengan tawar menawar.. sepatutnyer kat situ kalau nak merasa fish spa tu dia letak harga RM 10 tuk 15mins.. tapi sepupu aku nego nak 30mins.. dia pun agaknyer bosan takder pelanggan dia agree laa nak bagi kami RM 15 tuk 30mins..

Masa mula2 masukkan kaki dalam tank fish tu.. punya laa geli giler!!! aku ngan sepupu aku smpi terkekeh2 gelak kat situ.. si budak indon tu tak habis2 kata muka aku jadi merah padam.. tapi punya laa geli siut.. bila lama2 dah ok..cuma ada rasa mcm kena kejutan letrik bila ikan tu gigit2 kaki.. nak tunggu habis 30mins tu smpi kebas2 kaki sepupu aku.. hehe..aku relax jer agaknyer sebab kaki aku lebih besor kut..sebab tu tak rasa apa2..hehehehe..

lepas buat fish spa tu.. smpi mlm pun terasa2 lagi ikan tu gigit2.. mmm.. rasa syiok pun ada.. tgklah nanti.. aku nak bawak parent aku gi sana.. hehehe.. biar mereka lak jadi model fish spa..

kalau tgk jadi seram.. tapi tuk mengelak kan perasaan geli tu berluasan aku pun buat dono jerlah.. punya lah ramai org lalu lalang.. kami nie dah mcm model tuk spa tu pulak..

Friday, November 7, 2008

Percubaan pertama

Adoilaa.. susah juga rupa nyer nak setup kan blog nie.. Nie merupakan percubaan pertama aku nak buat blog sendiri.. huuhuhu..

Semlm belajar laa sikit2 dgn sepupu aku camner nak create blog.. kadang2 ada juga masa kesengalan aku tu.. takper.. tu ilmu tu.. kitakan wajib tuntut ilmu smpi ke tua.. yo'yooo jer..

Nie lah hasil nyer blog aku yg tak berapa nak siap nie.. takper.. nanti setelah khatam..akan ku create lagi cantik2.. sabar yer..