Friday, March 13, 2009

Sabah Trip - 2nd Day - Water Rafting Sg.Padas

Haaa.. continue with my trip to Sabah.. Hari tu dah citer pasal gi monsopiad kan.. Sekrg nie nak citer pasal gi Sg.Padas lak..

Nie adalah experince ke 2 aku ker Sg Padas.. yg pertama tahun 2005 masa tu aku masih bekerja dengan BMS. Tahun nie aku pergi lagi dengan kengkawan mengawan aku nie.. ok let start.,

Seawal 6am kami dah bangun tuk siap2.. Sabah kan kul 6am dah cerah.. huhuuuh.. Kami kena bergerak dari Hotel ker Tenom tuk naik train antik... dulu masa 1st aku pergi kami cuma kena tunggu di beaufort jer.. sekrg laluan sudah bertukar..

Tuk ke Sg Padas kena ada River guide.. means korang kena cari travel agent yg buat rafting nie.. if not mmg tak dapat nak pergi laa.. or kalau korang hilang kat sana.. takder sapa nak tau.. so MUST melalui travel agent.. Aku dengan kengkawan aku dah booked travel agent nie masa kami di KL lagi.. Lucky for us we get best travel Agent.. nie nak promosi sikit nie.. kalau korang nak pi Padas nanti korang call laa agent nie.. gerenti korang puas hatinyer..

Travelmate Holidays @ Borneo Wave Hunters.
Contact No. 016-8335971/016-8335972/016-8335973
Contact person: Amir Or Edhar

Call jer diaorg sangat peramah and berpengalaman.. they give the best Service to all the customer. Pymt per head RM 185.00. Package nie include transport from/to hotel, Keretapi antik from tenom to Beaufort, Lunch, Snack during rafting & gear for rafting. Pada aku sgt berbaloi. kalau nak pi sini satu hari tau...

We start our journey to Tenom Town yg mengambil masa selama 3jam setengah. Sampai di bandar Tenom dalam kul 11.30 yang agak kecil tapi padat kami terus pergi lunch di Asiarasa rest. Food sedap jugak.. mcm kat kl.. local food. dah makan kenyang2 barulah bertolak ker Tenom keretapi stesen yang hanya mengambil masa 5min dari Asiarasa.

Dari sini lah the adventure begins.. heheh.. mana nak jumpa kat kl train antik.. haaa.. bak kata Andrey train nie dah layak masuk muzium. kelajuan nyer hanya 40km/hr. Kalau korang suka tengok citer hindustan. pernah tak tengok train yg org semua duduk atas bumbung? nie lagi dasat.,. langsung takder bumbung.. hahahahah..

Perjalanan menaiki train mengambil masa dalam 1 jam jugak laa.. sebab train nie merupakan pengangkutan penduduk2 kat sekitar nie.. so akan melalui tepi2 rumah2 org kg. Enjoy jugak sebab pemandangan nyer sgt luas..tapi kalau takut hitam or sunburn.. pakai lah sun block bebanyak yer..

Di pendek kan citer.. setelah sampai di Pangi stesen tpt bermula nyer xtvity rafting tu.. kami di jamukan dengan buah2an dan minuman tuk bagi energy. Masa tu jugak kita akan dia berikan gear seperti life jaket, helmet & short briefing tuk keselamatan sewaktu bermulanyer xtvty rafting tu nanti., korang akan melalui sungai padas yg sgt adventure sejauh 21km.. so kalau takder stamina tu bawak lah gi gim..sebab mmg penat..

yang lain2 tu korang tgk gambar jerlah..heheheh.. tapi for those yang tak pernah cuba i suggest u guys kena try and gerenti akan jadi korang punya kenangan paling best sekali.. Borneo wave hunter punya river guide sgt2 berpengalaman & they also gud looking too..hahah..
































Teruja tak tengok gambar tu??? haaaaaa..nak tau mcm mana rasa nyer pi lah sekrg!! sekrg jugak!! ;p

Tuesday, March 10, 2009

Klip2 Video & Gambar2 @ Monsopiad

























My Trip to Sabah... 1st Day

Ahuk..ahuk.. haaa.. dah lama jugak aku tak type cerita dalam nie kan.. so aku nak story pasal trip aku ke Sabah baru2 nie dengan kawan2 aku.. tapi aku takkan cerita semua dalam satu waktu yer.. sebab byk benda aku nak citer..

kita start dgn 1st day aku bertolak dari KL..

Pagi2 buta aku dah bangun tuk siap2 gi KL Sentral.. Aku kena naik skybus tuk ker LCCT. Kami dah berpakat tuk bertemu di McD kul 7.30am.

So kul 6.30am aku dah kuar dari rumah aku.. aku mintak Jaja adik aku hantar kan aku ke stesen lrt Setiawangsa.. sebelum tu aku singgah ambik hawa kat rumah dia dulu.. dalam kul 7am camtu. aku, hawa & epal dah dapat naik lrt menuju ker KL Sentral..

Sampai jer kami terus ke McD tuk sarapan dan tunggu Ema smpi.. Nak di jadikan cerita.. dah dekat kul 7.45am Ema tak sampai lagi.. bila kami sampai ke tempat bus.. bus dah hampir penuh.. Hawa & Epal dah naik dulu.. Aku dengan rela hati tunggu ema di tepi bus. Tunggu punya tunggu.. bus dah penuh.. dek kerana flight kami kul 10am kami pun pujuk laa Uncle driver tu benarkan kami naik jugak bus tu tapi terpaksa lah duduk kat tpt 1st class.. atas tangga.. uwaaaaa..uwaaaa... bak kata ema.. We travel with Style!..hahahah

Dah naik flight pun nak citer ker?? takyah laa ek.. cuma flight tu memakan masa 2jam 30mins jer.. bosan giler!..

Sampai saja di Sabah.. kami bergegas mendapatkan teksi.. Alhamdulilah kami dapat pemandu teksi F1. Nama pakcik tu pakcik Samsudin.. baik giler pakcik tu.. So sepanjang berada di Sabah kami memang menggunakan Khidmat Pakcik Samsudin sebagai Pemandu kami.. heheh.. tapi takder laa pi mana pun.. cuma masa nak gi Monsopiad tu jer mintak dia hantar dan Ambik kami semula..

Kadar tambang teksi dari airport ke Shangri-La RM 20 jer.. bagi 4 org baru RM 5 sorang.. Dari Hotel Ke Monsopiad RM 35 kalau bahagi 4 korang pikir laa sendiri..heheh ;p

Aku dan Ema dah 2 kali pergi ke Sabah.. 1st Ke KK n 2nd Ke Labuan.. Kira nyer nie trip kami kali ke 3rd laa ke sabah.. so takder laa gelabah sgt..

Kami Check-in di Shangri-La hotel, betul2 kat town KK.. agak senang tuk mendapat kan makanan dan jarak tuk ke Filipino Market dan Pasar malam tidak begitu jauh.. 10min jalan kaki dah sampai...

Di monsopiad biasalaa.. kami di bawa oleh Kak Rose nama tour guide tu.. oleh kerana aku dan ema pernah sampai ke sini.. so takder laa nak ambik gambar beria kan.. cuma hawa dan epal saja yang belom pernah sampai.. Oh yer.. entrance nak masuk Monsopiad RM 45 tuk Rakyat Malaysia.. Student RM 20.. So sapa2 nak jimat tu.. bawak lah card student kalau masih study yer...

Kat monsopiad takder apa sgt nak tgk sebenarnyer.. cuma nak belajar history pahlawan2 monsopiad..potong kepala tu jer.. Nak tgk show tarian2 traditional diaorg ada waktu2 nyer juga.. yang paling best kul 11am atau kul 2pm.. kalau terlepas kul 4pm pun ada lagi..

Aku ada sertakan gambar2 sewaktu berada di monsopiad.. Esok aku citer 2nd day kitaorg pulak yer.. dan juga kisah Andre!! hahahahah....


































Monday, March 2, 2009

Salah ke??

Mmmmmmm.. pertanyaan demi pertanyaan, hujahan demi hujahan..

Salah ker aku untuk tidak mempunyai teman lelaki/ boyfriend/suami di usia ini?

Salah ker aku untuk tidak mempunyai rasa atau keinginan tuk berkahwin dalam kadar yang segera?

Salah ker aku jika sekiranya aku memilih lelaki yang betul2 menepati kehendak naluri hati aku?

Salah ker aku jika semua lelaki yang cuba mendekati aku tidak aku terima kerana tiada keserasian?

Salah ker aku jika aku menetapkan untuk tidak memperjudikan hidup aku pada seorang lelaki yang tidak begitu aku kenali?

Salah ker aku jika aku berkata hidup itu bukan satu perjudian?

Salah ker aku jika di usia ini aku masih mencari erti cinta sebenar?

Salah ker aku jika aku menyatakan aku tidak akan berkahwin jika perkahwinan itu akan membawa derita pada diri aku sendiri?

Salah ker aku jika aku merasa bahagia dengan kehidupan aku sekarang?

mmmmmmmmmmm...